Liberalisme ialah
falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi.
Seseorang yang menerima fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal.
Walau bagaimanapun, maksud perkataan liberal mungkin berubah mengikut
konteks sesebuah negara.
Liberalisme
menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang. Dalam fahaman
liberalisme, pelbagai aliran dengan nama “liberal” mungkin mempunyai dasar dan
pandangan yang berlainan, tetapi secara umumnya aliran-aliran ini bersetuju
dengan prinsip-prinsip berikut termasuk kebebasan berfikir dan kebebasan
bersuara, batasan kepada kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu
ke atas harta persendirian, pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintahan.
Mereka yang liberal menyokong sistem kerajaan
demokrasi liberal dengan pengundian yang adil dan terbuka, di mana
semua rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah undang-undang.
Fahaman
liberalisme moden berakar umbi dari Zaman Kesedaran barat dan kini
mengandungi pemikiran politik yang luas dan kaya dari segi sumber. Liberalisme
menolak kebanyakan tanggapan asas dalam hampir semua teori pembentukan kerajaan
awal seperti seperti hak-hak raja yang diberikan oleh tuhan, status yang
berasaskan keturunan dan institusi-institusi
agama. Liberal beranggapan sistem ekonomi pasaran bebas lebih cekap
dan menjana lebih banyak kemakmuran.
Negara liberal moden
awal adalah Amerika serikat, yang didirikan di bawah prinsip “setiap manusia
diciptakan sama taraf; bahawa mereka diberi pencipta mereka hak-hak yang tidak
boleh dinafikan; bahawa antara ini adalah kehidupan, kebebasan, dan mengejar
kebahagiaan; bahawa untuk melindungi hak-hak ini, kerajaan dibuat oleh manusia,
yang menggunakan kuasa mereka secara adil dengan izin mereka yang diperintah.”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar